kembara ini...

bersama kereta kita~

Kahwin!









  
Untuk kembara kali ni..

myvi oren memandu lagi ^^



kali ni myvi oren nak bukak cerita pasal kahwin..
ahah! Mesti ramai yang 'berkenan' dengan tajuk ni kan?
Best best best~


Dua minggu lepas myvi oren dapat jemputan utk meraikan sepasang bakal pengantin...

Majlis tu diadakan pd malam hari sebelum aqad nikah (yg dibuat asar esoknya). Wah! Masa dapat jemputan tu, myvi oren bukan main syok lagi.. seronok nak tengok local muslim berkahwin..


Bila pergi, nampak semua yang dlm rumah tengah khusyuk membaca yaasin..jenguk2.. ehh? Hampir semua tetamu kat situ orang melayu. myvi oren garu kepala..

Dah salam2 semua, bertanyalah pada tuan rumah.. rupanya, rumah tu rumah bakal pengantin lelaki (seorang australian muslim atau nama glamour nya mat saleh). Bakal pengantin perempuannya pulak orang melayu. Ayah si pengantin lelaki pulak orang fiji, jadi kebanyakan keluarga si pengantin lelaki ni dari fiji. Subhanallah~ itulah kali pertama myvi oren dapat tengok 'kahwin campur'.. bagaimana tiga budaya dan bahasa (aussie, melayu dan fiji) bertemu...


Lepas selesai solat maghrib pukul 9.15 pm (sebab bulan 12 adalah musim summer di negara down under ni, jadi isyaa’ hampir2 pukul 10 malam), semua yang ada dijemput makan.. biasalah, kalau di negara ni, daging menjadi resepi utama. Jadi kami pon makan nasi berlaukkan tiga jenis rendang daging dan satu kari ayam.. sedap^^! Alhamdulillah~

Habis semua... ingatkan dah selesai lah majlis.. iyelah, jam pon dah menunjukkan pukul 10.30 malam.. myvi oren pon nak berangkatlah pulang dengan orang rumah.. tiba2 ayah si pengantin lelaki bangun dan meniup kayu besar 'trumpet abo' (yg bunyi nya macam hon gitu).. 

dia cakap (tapi dalam english la), "okay, kami dah raikan budaya kamu orang melayu, sekarang kami nak kamu raikan budaya kami pula." 

terdetik dalam hati myvi oren.. ooh.. rupanya baca yaasin dan makan2 tadi untuk meraikan budaya orang melayu la kut..


Agenda selepas itu 'majlis berinai'.. tak perlulah myvi oren ceritakan apa yang berlaku pada malam tu dan malam esoknya (walimah).. cukup untuk disimpulkan dengan perkataan ‘culture-shocked’! sememangnya myvi oren pulang dengan hati yang berbolak-balik... penuh tanda tanya..


Apapun, myvi oren ucapkan tahniah pada kedua-dua pengantin ;) barakallahu lakuma wa jama’a bainakuma fil khair *semoga Allah memberkati ke atas kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan*







Pernikahan dua mempelai (bak kata orang melayu) merupakan urusan gembira.. malah, dikatakan cuma sekali dalam hidup (jika diizinkan Allah).. majlis aqad dan walimah (majlis memberitahu orang ramai tentang pernikahan itu) sepatutnya menjadi majlis yang jauh dari kemurkaan Allah. 



Sebab pada asasnya, berkahwin itu adalah ibadah.. untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda..



Tapi realiti ummat islam kini, majlis pernikahan menjadi alasan untuk 'enjoy' dan 'having fun'. Seolah-olahnya bila orang berkahwin, maksiat itu dikecualikan.. yang lebih sedih lagi, bila adat dan budaya menjadi tema sehingga al-quran dan sunnah tidak lg dijadikan rujukan.. 



Tapi ingat-- sehebat manapun budaya, kalau bercanggah dengan ajaran islam, tetap tidak diterima!



Tidak dinafikan.. sebagai pengantin, mereka akan mempunyai 'dream' dan keinginan sendiri tentang majlis kahwin mereka.. tapi, majlis bahagia ini mesti ingin disertai oleh ramai orang (terutamanya keluarga dan kawan2 rapat).. jadi selalunya cakap ramai orang mesti dilayan.. ini menyebabkan pengantin yang diraikan biasanya tidak mempunyai suara (jadi bersedialah)... especially kalau dikelilingi oleh keluarga besar yang 'bising2'.. contohnya; pengantin nak simple, family nak grand.. atau pengantin nak cepat, family nak lambat etc..boleh jadi stress kadang2 tuh.. tak apelah.. ujian; insya-Allah bersama kesusahan itu kan ada kesenangan (boleh rujuk al-quran, 94:6 =) 









Yup.. 

myvi oren teringat... 


Masa majlis myvi oren dulu (ya..myvi oren sudahpun melalui majlis ni), sampai bertekak2 dengan makcik (di pagi hari aqad).. isunya? myvi oren tidak mahu disapu dengan make-up.. itu satu-satunya perkara yang myvi oren sangat ingin pertahankan di hari pernikahan..

Alhamdulillah.. selepas bertegas, makcik mengalah (terima kasih makcik ku!).. tapi, myvi oren memang rapat dengan makcik2... jadi mungkin agak berani untuk bersuara..

myvi oren sememangnya sangat menghargai pertolongan ahli keluarga dan sahabat2 yang membantu mempersiapkan semua urusan.. mereka lah yang membantu melicinkan proses dan majlis... myvi oren sangat berterima kasih dengan Allah kerana memberikan mereka di saat2 genting itu..


baiklah..
tamat imbauan masa silam^^








myvi oren ingin bagi cadangan pada bakal2 pengantin:
(myvi oren dengar ramai betul yang sudah nak berumah tangga hujung tahun ni dan awal tahun depan..alhamdulillah..tahniah2)



  1. Jadikan al-quran dan sunnah itu yang pertama!
  2. Adat yang tidak bercanggah dengan islam boleh diraikan.. *dapatkan maklumat..jgn mengagak kosong*
  3. Jika boleh bersuara..bersuara! jika tidak.. carilah orang lain yang menjadi suara..
  4. Ramai orang yang benar2 gembira untuk kamu.. ada juga yang ingin memberi pendapat2; ada pula yang ingin supaya kamu take charge.. dan mereka semua akan hilang bila majlis selesai... layan dan raikan lah mereka semampunya..
  5. Elaklah merungut atau marah2.. sememangnya kamu akan penat! Bersabarlah..
  6. Tambahkan pahala dengan senyuman semanisnya..



banyak aje tips untuk bakal pengantin..
tapi myvi oren rasa itu dulu yang myvi oren boleh fikirkan..

jangan jadikan pernikahan kita itu sebagai penjara..
sesungguhnya bernikah itu menyempurnakan separuh agama (ad-deen = cara hidup kita)..



selamat berkahwin semua! (ehh??)

bwh ni adalah salah satu myvi oren punya fave wedding song^^






p.s. adik myvi oren pon insyaAllah akan melalui hari bahagia ni... mudah2an dalam redha dan berkatNya *amin*




salam ceria dari myvi oren








Tamaayuz











Untuk kembara pertama kita.. 

myvi oren nak borak tentang tajuk daurah minggu lepas; tamaayuz.. 


Tamaayuz ni perkataan arab. Asal-usul (atau root word) perkataannya ialah tamyeez. Mengikut 'kajian' myvi oren, Goodword Arabic English Dictionary (2007) oleh Mohd Harun Rashid, tamyeez diberi makna discrimination, partiality, distinction, discernment, preference *macam tulis assignment pulak rasanya^^ 


Dengan kata mudah, tamyeez ni bermaksud perbezaan. Macam kita orang melayu memang familiar dengan term mumayyiz, which means orang yang boleh membezakan. Sebagai muslim, bila dah mumayyiz (biasanya umur 7 tahun ke atas kut), kita dianggap dah boleh membezakan baik buruk, sekaligus dah boleh belajar buat keputusan sendiri. Tapi, selagi belum baligh (cukup umur) kita belum dipertanggungjawabkan atas keputusan dan tindakan kita.. Jadi, fasa mumayyiz ni adalah fasa latihan sebelum kita sampai ke tahap baligh nanti.



Baiklah..

Jom kita tengok pulak apa yang dimaksudkan dengan tamaayuz? 

Islam dikatakan sebagai agama tamaayuz dari agama lain..
Jadi, kita sebagai muslim juga perlulah tamaayuz dari penganut agama lain..


Apa yang kita inginkan sebenarnya?
Syakhsiyyah Mutamayyizah
Kita mahu melahirkan peribadi-peribadi muslim yang mutamayyizah; yang berbeza, unik, tersendiri dan terikat dengan islam.. Kita mahukan ummat yang beridentiti islam.. tidak sama dengan mereka yang ingkar dengan Tuhan.. Kita mahukan muslim yang bangga dengan ke'islam'an mereka.. tidak takut dan tidak malu untuk mengakui diri muslim.. Kita mahukan peribadi muslim yang merasa diri istimewa... dan mengajak muslim lain untuk sama2 berbangga ('izzah)..



Malah, menurut Syed Qutb dalam bukunya Tafsir Fi Zilalil Quran (m/s 63, perenggan ke-3):

Rasulullah s.a.w melarang (orang-orang islam) dari meniru atau menyerupai pakaian (orang-orang yang bukan islam) atau meniru gerak-geri dan tingkahlaku mereka atau meniru percakapan dan adab bicara mereka, kerana di sebalik pakaian, gerak-geri, tingkahlaku, percakapan dan adab bicara itu tersembunyi perasaan batin yang membezakan sesuatu kefahaman dari kefahaman yang lain, sesuatu sistem hidup dan sistem hidup yang lain dan sesuatu ciri kelompok dari ciri kelompok yang lain.




bercakap pasal tamaayuz ni..
myvi oren teringat masa ikut daurah dengan ustaz muntalaq 3 tahun yang lepas..

ustaz kata, kita sebagai da'ie kenalah menjadi dakwat~
supaya mana2 pun kita dicampakkan, kitalah yang mewarnai suasana..

hebat kan? inilah peribadi yg tamaayuz..
mana2 pun dia pergi, dia dipandang dan diperhati..
sbb dia berbeza, dan sebab dia istimewa~


Kesimpulannya, myvi oren nak ajak penumpang semua untuk sama2 membentuk diri menjadi syakhsiyyah mutamayyizah!

Yuk tamaayuz! ^__^ 




sebelum berhenti rehat..
myvi oren nak kongsi video best..
ceramah abu hamzah (dalam bahasa german but with eng sub) tentang perlunya berbangga dengan islam dan melaksanakan tanggungjawab asas kita sbg muslim: amar ma'ruf nahi mungkar *menyuruh kpd kebaikan dan melarang kemungkaran*


selamat mononton!








 salam ceria dari myvi oren









Ready??



Bersiap...





GPS..
Check =)



 

Peta (for back up)..
Check =)





Dokumen penting (lesen, passport etc.)..
Check =)


 
 

Duit petrol.. 
Check =)
 

 


Emergency money..
Check =)


 

 

Bekalan (food & drinks)..
Check =)








CD Nasyid..
Check =)







Phone on..
Check =)





 

Camera..
Check =)


 
 



Pemandu cermat..
Check =)

Penumpang tenang..
Check =)



Betapa hebatnya persiapan kita bila nak berjalan jauh.. risau kalau ada barang yang tertinggal.. seboleh-bolehnya list disemak lima kali.. minta pulak tolong kawan semakkan sekali.. alangkah indahnya kalau perjalanan kita menemui Tuhan dipersiap dgn lebih hebat lagi~ Jadi kawan2.. sementara kereta kita masih boleh bergerak, perbanyakkanlahlah bekalan yang paling penting ---> iman dan amal =)



All set??


Jom kita baca doa.. kita mohon pada Tuhan.. mudah-mudahan perjalanan kita yang jauh ni selamat dan mendapat berkat~



Baiklah..

Sedia..


Kereta Kita.. bergerak~